24 Mac 2010

Falsafah Pendidikan Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang

berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang

dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dankemakmuran

masyarakat dan negara

Pengajaran dan Pembelajaran






Jika Guru

Jika guru pentingkan diri…
Murid terbiar tak berciri….

Jika guru mencari salah …
Murid nanti banyak helah…

Jika guru suka berleter..
Apa dikata semua terpinggir..

Jika guru bermulut laser..
Murid dengar rasa terseksa..

Jika guru suka mengkritik
Murid pasif setiap detik…

Jika guru bersuara keras..
Apa dikata tak beri bekas…


Jika guru memilih bulu..
Ada murid terguris kalbu..

Jika guru berlagak tahu..
Nanti murid jadi keliru..

Jika guru suka menyuruh..
Kerja murid selalu tertangguh..

Jika guru nak mencari nama..
Apa lakukan semua tak kena

Jika guru mengharap balas..
Apa disampai jadi tak ikhlas..

Jika guru suka membantu..
Muridnya pasti cepat maju..

Jika guru bermotivasi..
Muridnya bersikap dedikasi

Jika guru bersuara lembut
Apa disampai cepat disambut

Jika guru bermanis muka
Murid belajar penuh ceria..

Jika guru pandai nasihat
Yang lemah dapat ditingkat…

Jika guru selalu iltizam
Murid belajar lebih berazam

Jika guru pandai memujuk
Sikap positif dapat dipupuk

Jika guru berjiwa peyayang
Apa dilaku menjadi senang

Jika guru selalu reflektif
Amalan kerjanya proaktif

Jika guru bersikap ikhlas
Ilmunya berkat memberi bekas

Jika guru berwawasan…
Apa dipesan membawa kesan..

Aktiviti Jejak Maklumat 2009

Taklimat disampaikan
Pelajar berusaha menyelesaikan masalah yang diberikan.

Guru menerangkan kepada pelajar mengenai aktiviti yang
akan dilakukan.

Berkerjasama untuk kemenangan sekolah.

Berbincang sesama guru untuk menentukan kemenangan

Aktiviti Semasa PKPGB





Apa Itu PIPP

Enam teras strategik PIPP melangkah ke hadapan

PELAN Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang akan dijadikan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun untuk membangunkan sekolah kebangsaan (SK) sebagai aliran perdana tanpa meminggirkan sekolah aliran lain.
Bagi menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua, Kementerian Pelajaran (KPM) telah mengenalpasti dua pendekatan utama iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekali gus menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Pendekatan kedua pula ialah memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang mencapai tahap cemerlang, bukan sahaja bagi memastikan ia mempertahankan kecemerlangan itu malah mampu meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi.
Sesuai dengan hasrat itu, KPM telah mengenalpasti enam teras strategik bagi memperkukuhkan pendidikan negara dalam tempoh lima tahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Teras pertama yang akan dilaksanakan adalah membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.
Hasrat berkenaan akan dicapai dengan memperkasakan bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan menggiatkan aktiviti kokurikulum dalam sukan.
Pembangunan modal insan merupakan teras kedua di bawah PIPP yang akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.
Teras ketiga ialah memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat.
Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan
jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.
Di bawah teras keempat itu juga, KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.
Teras kelima ialah memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan.
Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
Manakala teras terakhir di bawah PIPP ialah melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain.
Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.
PIPP yang dirangka KPM turut mengambil kira jurang dan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai.
Selaras dengan itu, KPM berhasrat membangunkan modal insan dengan ciri masyarakat bangsa Malaysia, memastikan akses, ekuiti dan kualiti tunjang agenda pendidikan diteruskan serta merintis dan menerajui perubahan bagi melonjak sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia.

Pemantauan Ke Sekolah





Perancangan Kurikulum

Perancangan Kurikulum

1. Perancangan Kurikulum
Rancangan: Mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu.

2. Matlamat
2.1 Meningkatkan taraf Bahasa Melayu di semua darjah.
2.2 Mempertingkatkan kelulusan UPSR khasnya penulisan dalam Bahasa Melayu,
2.3 Meninggikan prestasi mutu pencapaian murid yang mendapat 6A dan 7A.
2.4 Mengharapkan agar keputusan semua mata pelajaran dalam UPSR mencapai lebih 90%.

3. Objektif

3.1 Meninggikan prestasi pelajaran murid-murid di sekolah ini.
3.2 Menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
3.3 Meninggikan prestasi pencapaian akademik sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

4. Aktiviti-aktiviti

4.1 Menjalankan lebih banyak latihan di dalam bilik darjah.
4.2 Mengadakan ujian bulanan dan penggal.
4.3 Mengadakan ujian percubaan UPSR.
4.4 Mengadakan kelas tambahan pada waktu petang, hari Sabtu dan cuti penggal.
4.5 Menjalankan Projek Banci Bacaan.
4.6 Mengadakan pertandingan mengarang, bercerita dan syarahan.
4.7 Mengadakan Kempen Bahasa Melayu.
4.8 Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
4.9 Menambah serta menggunakan alatan bantuan mengajar.
4.10 Panitia mata pelajaran mengelola dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
4.11 Pengajaran “Pemulihan Khas” dijalankan untuk murid-murid lemah.
4.12 Mengadakan perjumpaan antara ibu bapa / penjaga murid dengan guru.

5. Sumber tenaga / Kewangan

5.1 Guru-guru mesti menyedari tanggungjawab dan melaksanakan serta sentiasa
mempunyai daya usaha bagi memastikan matlamat sekolah tercapai.
5.2 Kerjasama erat daripada ibu bapa / penjaga / PIBG sangat diperlukan.
5.3 Sumber kewangan boleh diperolehi melalui pungutan derma daripada ibu bapa
dan para dermawan dengan kerjasama rapat daripada pihak PIBG.
5.4 Menggunakan wang sekolah dengan bijaksana untuk melengkapkan segala
keperluan dan kemudahan.

6. Penyeliaan

6.1 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan menyelia segala aktiviti yang dirancangkan.
6.2 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mengadakan perbincangan dengan guru-
guru yang berkenaan bagi mengetahui masalah yang dihadapi dan mencari jalan
penyelesaian.
6.3 Pandangan yang membina daripada guru-guru, ibu bapa, PIBG hendaklah diberikan Perhatian yang serius supaya mana-mana yang berfaedah dapat dilaksanakan dengan segera.
6.4 Guru Besar haruslah tegas dan bersedia berbincang dengan guru-guru bila-bila
masa apabila diperlukan.
6.5 Laporan prestasi kemajuan murid disemak setiap penggal untuk kajian yang
Selanjutnya.

Pengertian Umum Kurikulum

Definisi Kurikulum Kebangsaan “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaah dan kepercayaan untuk membantu pekembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanamkan dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” Akta Pendidikan 1996