15 Mac 2010

Visi, Misi dan Matlamat KPM


VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu
  • Melahirkan yang beriman,berakhlak mulia, berilmu,berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Definisi Kurikulum

Kurikulum

Definisi kurikulum

Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan keperluan dan kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971)

Soalan penting

• Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum?
• Bagaimanakah kurikulum digubal?
• Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan bagaimanakah elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang lain secara konseptual?


Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut:


1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan

? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang hendak dikenalpasti.

? Apakah yang ingin diajar?


2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu

? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan mempelajari mata pelajaran tertentu.

? Siapakah yang diajar?


3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar

? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang gunakan oleh guru.
? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum

? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan…

• Apakah reka bentuk kurikulum?


4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah

? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang menyebabkan kurikulum berubah-ubah merentasi masa.

? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulum

Bagaimana perubahan masyarakat mempengaruhi perubahan kurikulum.



Reka Bentuk Kurikulum mengikut Tyler, Taba dan Stenhouse

Ralph tyler
• Pengaruh penting dari 1949


Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.

1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?
2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan pendidikan ?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?
4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?

Hilda taba
• Penggubalan kurikulum haruslah sistematik, objektif, saintifiik dan berorientasi penyelidikan
• Andaian pembelajaran tujuan penting bagi sekolah
• “curricula are designed so that students may learn”
• Lebih preskriptif daripada tyler

Taba mencadangkan tujuh langkah semasa menggubal kurikulum.
• Urutan 7 langkah
1. Diagnosis keperluan
2. Pembentukan objektif
3. Pemilihan isi kandungan
4. Penyususunan isi kandungan
5. Pemilihan pengalaman pembelajaran
6. Penyususunan pengalaman pembelajaran
7. Penentuan apa yang dinilai dan caranya

Model Stenhouse
– Kurikulum ialah satu proses.
– Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru, pelajar dan ilmu.
– Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.
– Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.
– Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran
- Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.
– Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.


Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kurikulum

1 Amalan P&P

2 Kegiatan kokurikulum

3 Perkongsian bestari

4 Budaya

5 Bahan P&P

6 Tenaga Pengajar

7 Kewangan

Kurikulum

Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memeupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

[Laporan Kabinet Menkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)]