24 Mac 2010

Perancangan Kurikulum

Perancangan Kurikulum

1. Perancangan Kurikulum
Rancangan: Mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu.

2. Matlamat
2.1 Meningkatkan taraf Bahasa Melayu di semua darjah.
2.2 Mempertingkatkan kelulusan UPSR khasnya penulisan dalam Bahasa Melayu,
2.3 Meninggikan prestasi mutu pencapaian murid yang mendapat 6A dan 7A.
2.4 Mengharapkan agar keputusan semua mata pelajaran dalam UPSR mencapai lebih 90%.

3. Objektif

3.1 Meninggikan prestasi pelajaran murid-murid di sekolah ini.
3.2 Menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
3.3 Meninggikan prestasi pencapaian akademik sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

4. Aktiviti-aktiviti

4.1 Menjalankan lebih banyak latihan di dalam bilik darjah.
4.2 Mengadakan ujian bulanan dan penggal.
4.3 Mengadakan ujian percubaan UPSR.
4.4 Mengadakan kelas tambahan pada waktu petang, hari Sabtu dan cuti penggal.
4.5 Menjalankan Projek Banci Bacaan.
4.6 Mengadakan pertandingan mengarang, bercerita dan syarahan.
4.7 Mengadakan Kempen Bahasa Melayu.
4.8 Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
4.9 Menambah serta menggunakan alatan bantuan mengajar.
4.10 Panitia mata pelajaran mengelola dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
4.11 Pengajaran “Pemulihan Khas” dijalankan untuk murid-murid lemah.
4.12 Mengadakan perjumpaan antara ibu bapa / penjaga murid dengan guru.

5. Sumber tenaga / Kewangan

5.1 Guru-guru mesti menyedari tanggungjawab dan melaksanakan serta sentiasa
mempunyai daya usaha bagi memastikan matlamat sekolah tercapai.
5.2 Kerjasama erat daripada ibu bapa / penjaga / PIBG sangat diperlukan.
5.3 Sumber kewangan boleh diperolehi melalui pungutan derma daripada ibu bapa
dan para dermawan dengan kerjasama rapat daripada pihak PIBG.
5.4 Menggunakan wang sekolah dengan bijaksana untuk melengkapkan segala
keperluan dan kemudahan.

6. Penyeliaan

6.1 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan menyelia segala aktiviti yang dirancangkan.
6.2 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mengadakan perbincangan dengan guru-
guru yang berkenaan bagi mengetahui masalah yang dihadapi dan mencari jalan
penyelesaian.
6.3 Pandangan yang membina daripada guru-guru, ibu bapa, PIBG hendaklah diberikan Perhatian yang serius supaya mana-mana yang berfaedah dapat dilaksanakan dengan segera.
6.4 Guru Besar haruslah tegas dan bersedia berbincang dengan guru-guru bila-bila
masa apabila diperlukan.
6.5 Laporan prestasi kemajuan murid disemak setiap penggal untuk kajian yang
Selanjutnya.